Khamis, 17 Mei 2012

BAGAIMANA UNTUK MENJADI SEORANG JUTAWAN?


Ada beberapa langkah penting untuk anda lakukan sekiranya anda berhasrat untuk mempunyai simpanan sebanyak RM1,000,000.00. Bagaimanapun sebelum memulakan langkah-langkah itu, perkara terpenting yang wajib ada pada diri anda adalah ‘disiplin’ , ‘kesungguhan mendalam’ dan ‘kekuatan jiwa/rohani’. Tanpa tiga perkara asas ini, impian anda akan menjadi angan-angan sahaja.

Langkah 1:
Membuat Bajet:
Ø     Bajet akan membantu anda mengetahui hala tuju kewangan anda, orang yang tidak menyediakan bajet diri selalunya akan tersasar sehingga menyebabkan kehidupan mereka porak peranda  dan kelam kabut.

Langkah 2:
Ketika anda membuat Bajet, anda perlu meletak kepentingan diri sendiri (dan keluarga) melebihi kepentingan yang lain:-
Ø     Keagamaan
·        Menyediakan peruntukan untuk menyempurnakan ibadah
-          Simpanan untuk menunaikan Haji
-          Zakat
·        Menyediakan peruntukan untuk sedekah/jariah
-          Amal Jariah adalah merupakan suatu bekalan yang akan anda bawa bersama kealam barzakh

Ø     Keluarga
·        Menyediakan peruntukan untuk perbelanjaan harian/bulanan
-          seperti perbelanjaan dapur, minyak kereta,  sewa/bayaran bank untuk rumah/kereta, bil-bil utility dan sebagainya
·        Menyediakan peruntukan untuk pelajaran
-          Peralatan, pakaian, ko kurikulum, tuisyen, belanja harian ke sekolah, dan sebagainya bagi keperluan persekolahan/pendidikan anak anda
·        Menyediakan peruntukan untuk keselesaan
-          Gaji pembantu rumah, urus selia dan sebagainya
·        Menyediakan peruntukan untuk kesinambungan keselesaan
-          Iaitu menyediakan peruntukan supaya keluarga anda akan tetap menikmati kesejahteraan hidup sekiranya sesuatu yang buruk menimpa anda
-          Untuk itu sebaiknya anda menyediakan penamaan/wasiat/hibah
Ø     Persaraan
·        Amat penting juga untuk anda menyediakan peruntukan untuk masa depan anda supaya anda tidak ‘miskin’ setelah anda mencapai usia 65 tahun.
·        Lingkungan 70% daripada rakyat Malaysia yang berumur 65 tahun ke atas tidak mempunyai sumber pendapatan khusus dan terpaksa mengharap ihsan orang lain (termasuk anak-anak).
·        Lingkungan 20% pula terpaksa bekerja untuk menampung keperluan penyaraan hidup sendiri.
·        Jika anda berkeinginan untuk menjadi JUTAWAN diusia persaraan anda, maka anda mestilah memulakan langkah untuk menyediakan satu akaun JUTAWAN diri anda sendiri.

Ø     Kecemasan
·        Anda mesti menyediakan peruntukan untuk kecemasan kerana sesuatu yang diluar jangkaan boleh berlaku tanpa diduga
-          Banyak perkara diluar dugaan boleh berlaku seperti kemasukan ke hospital, saudara mara ditimpa musibah, ada saudara mara yang ditahan polis dan memerlukan jaminan, kereta rosak, anda dibuang kerja dan sebagainya.
·        Jumlah peruntukan kecemasan yang mesti disimpan ditempat mudah cair mestilah sekurang-kurangnya ENAM kali jumlah pendapatan yang anda perolehi sekarang ini.
-          Sebaiknya anda menyimpan dalam satu akaun yang berasingan samada di Bank atau Tabung Haji
-          Sekiranya peruntukan kecemasan ini berkurang, anda mestilah berusaha untuk memenuhkannya semula.

Langkah 3:
Apabila anda menyediakan bajet ini, anda mestilah berusaha untuk melaksanakan apa yang anda telah rancang dalam bajet itu.
Ø     Elakkan Pembaziran:
·      Anda mestilah menyediakan senarai barang keperluan bulanan dan jumlah yang anda perlukan. Dengan cara itu anda dapat mengetahui keperluan sebenar anda untuk kegunaan harian.
·     Apabila anda mempunyai senarai barang, anda perlu juga mengetahui harga dasar setiap barang keperluan anda itu.
·        Dengan adanya senarai barang beserta harga dasar barangan tersebut, belilah barangan keperluan anda ketika harganya murah – contohnya ketika ada ‘jualan murah’ dan sebagainya.

Ø     Simpan stok untuk barangan tahan lama
·        Ketahui jumlah sebenar penggunaan barangan harian anda untuk tempoh sebulan. Belilah barangan tahan lama dalam jumlah yang mencukupi sebulan kerana membeli dalam jumlah yang banyak kadang-kadang membolehkan anda ‘menawar’ harga dikurangkan

Langkah 4:
Urus dengan betul jika memperolehi Lebihan Pendapatan:
Ø     Kadang-kadang anda akan memperoleh lebihan pendapatan seperti:
·        Bonus Tahunan atau Tambahan Gaji bulan ke 13
·        Pendapatan dari kerja ke dua anda (Part Time Job)
·        Perolehan harta Pusaka
·        Royalti  atau selainnya

Ø     Perolehan ini tentunya tidak akan termasuk didalam Bajet anda, kerana itu anda mestilah menguruskannya dengan baik:
·        Jangan membeli mengikut nafsu
-      Apabila anda memperoleh pendapatan sebegini, tentunya yang anda bayangkan adalah untuk membeli peralatan/perabot baru, kereta baru, langsir baru, pakaian baru, pergi bercuti dan sebagainya.
·        Dahulukan pelunasan hutang jangka pendek
-          Seperti hutang kad kredit, hutang kenderaan atau hutang peribadi
·        Menyimpan adalah jalan terbaik
-          Sekiranya anda memilih untuk menyimpan dalam akaun JUTAWAN anda ianya adalah jalan terbaik kerana ianya boleh mempercepatkan simpanan anda mencapai angka itu.
·        Elakkan membuat PELABURAN TIDAK SAH:
-        Pastikan anda mengetahui dengan jelas kemanakah simpanan/ pelaburan yang akan anda buat
-  Jangan biarkan diri anda tertipu dengan pelbagai skim pelaburan yang memerlukan jumlah sumbangan yang besar (melebihi 1/2 dari  pendapatan bulanan anda adalah merupakan sumbangan yang besar)

Selasa, 8 Mei 2012

BOLEHKAH ANDA MENJADI JUTAWAN?


Jika anda ditanya soalan ini, apakah jawapan yang anda akan beri kepada orang yang menyoal anda? Jawapan anda mungkin seperti berikut:-
i)   Bagi mereka yang berjiwa kecil, tentunya akan senyum sinis dan beranggapan  bahawa soalan itu tidak logik untuk disoal,
ii)  Bagi mereka yang berjiwa sederhana, mereka akan menjawab “memanglah nak    jadi jutawan tetapi tak boleh lah”
iii) Bagi mereka yang berjiwa besar, mereka akan menjawab “saya nak jadi jutawan   tapi saya tidak ada kemampuan, adakah saudara ada cara?”
Orang yang berjiwa kecil selalunya negatif tetapi orang yang berjiwa besar selalunya positif. Anda bagaimana?

Sebenarnya semua orang boleh menjadi Jutawan sekiranya mereka mempunyai tabiat ‘menyimpan’. Bermula dengan sedikit, lama kelamaan tentu akan menjadi banyak. Sehari segenggam beras, lama-lama menjadi segudang. Persoalannya adalah berapa banyak yang perlu anda simpan untuk simpanan anda menjadi RM1,000,000.00 (sejuta ringgit)? Ayuh kita buatkan kiraan!

SIMPANAN                   MASA DI                              KIRAAN                                
SEBULAN                   PERLUKAN                           TAHUN
            RM100.00                  10,000 bulan                        833 tahun
            RM200.00                    5,000 bulan                        416 tahun
            RM300.00                    3,333 bulan                        278 tahun
            RM500.00                    2,000 bulan                        167 tahun
            RM1,000.00                 1,000 bulan                          83 tahun
            RM2,000.00                    500 bulan                          41 tahun
            RM5,000.00                    200 bulan                         17 tahun
            RM10,000.00                  100 bulan                           9 tahun

Jika kita menyimpan RM100.00 sebulan, bermakna kita perlu menunggu selama 833 tahun untuk menjadi jutawan!, tentunya mustahil. Tetapi sebenarnya, ianya TIDAK MUSTAHIL sekiranya kita melabur atau menyimpan ditempat yang boleh memberikan pulangan dividen yang tinggi.

Simpanan anda selama setahun adalah RM1,200.00, sekarang kita gunakan formula 72 yang kita pelajari dalam topik yang lepas. Jika anda menyimpan ditempat yang boleh memberikan pulangan dividen 12% setahun, 72 dibahagi dengan 12, kita akan dapat tempoh untuk simpanan RM1,200 itu menjadi sekali ganda (RM2,400.00) adalah 6 tahun. Ayuh kita kirakan berapakah dividen yang akan anda perolehi?



Jika setiap tahun anda menyimpan RM1,200.00 maka setiap tahun juga wang anda akan bertambah. Andaikan sekarang ini umur anda 25 tahun, ketika anda bersara pada usia 55 tahun (tempoh 30 tahun lagi) wang yang anda simpan pada tahun pertama telahpun menjadi RM38,400.00.

Tahukah anda berapakah simpanan anda ketika itu? Percayakah anda jumlahnya telah mencapai RM 289,599.00. Enam tahun sesudah itu, iaitu pada usia anda 61 tahun, jumlah 289,599.00 itu akan meningkat sekali ganda menjadi RM579,198.00



Ini adalah kiraan untuk simpanan RM100.00 sebulan atau RM1,200.00 setahun ianya telah mencecah melebihi SETENGAH JUTA! Bagaimana sekiranya anda menyimpan sebanyak RM200.00 sebulan? JADI!  adakah mustahil untuk anda menjadi JUTAWAN?

Sabtu, 5 Mei 2012

APA ITU FORMULA 72


Formula 72 digunakan untuk mengetahui masa yang diperlukan untuk sesuatu pelaburan akan memperoleh keuntungan 100%, seperti jika jumlah yang dilaburkan adalah RM1,000.00, jika pelaburan itu memperoleh dividen yang tetap, bilakah pelaburan itu akan menjadi RM2,000.00.

Contohnya:
Apabila anda membuat pelaburan berjumlah RM1,000.00 dan anda diberikan dividen 8%  setiap tahun, dengan kiraan manual kita dapat kirakan dengan cara berikut:-
Tahun    Jumlah Awal        Dividen 8%            Jumlah Akhir
   1         RM1,000.00        RM  80.00             RM1,080.00
   2         RM1,080.00        RM  87.00             RM1,167.00
   3         RM1,167.00        RM  93.00             RM1,260.00
   4         RM1,260.00        RM101.00             RM1,361.00
   5         RM1,361.00        RM109.00             RM1,470.00
   6         RM1,470.00        RM118.00             RM1,588.00
   7         RM1,588.00        RM127.00             RM1,715.00
   8         RM1,715.00        RM137.00             RM1,852.00
   9         RM1,852.00        RM148.00             RM2,000.00

Dari kiraan manual di atas, kita dapati pelaburan asal iaitu RM1,000.00 akan bertambah 100% atau sekali ganda menjadi RM2,000.00 dalam tempoh 9 tahun. Jika kita mengambil tempoh masa iaitu 9 dan anda darabkan dengan dividen iaitu 8 maka anda akan mendapati jumlahnya adalah 72.

Cuba buatkan beberapa kiraan manual yang lain, contohnya untuk 6%, 7%, 9%, 10%. Anda juga akan mendapati bahawa jumlah tempoh jika didarabkan dengan kadar peratus dividen (yang tetap) ianya akan menjadi 72. Dari situ kita boleh buatkannya menjadi satu formula iaitu:-
Kadar Dividen (tetap) x Tempoh (sekali ganda) = 72
atau:            Tempoh untuk jadi sekali ganda = 72 / Kadar Dividen (tetap)
atau:            Kadar Dividen = 72 / Tempoh (sekali ganda)

Dari formula ini, kita boleh gunakannya untuk membuat kiraan-kiraan yang lain. Contohnya untuk RM1,000 menjadi RM2,000 bagi pelaburan yang memberikan dividen tetap 6% ialah 72/6 = 12 tahun.
Atau jika anda ingin mengetahui dividen yang perlu anda dapatkan untuk wang anda berjumlah RM1,000.00 menjadi RM2,000.00 dalam tempoh 8 tahun ialah: 72/8 = 9% bermakna anda perlu mencari pelaburan yang memberikan pulangan dividen 9% setahun untuk anda dapat menggandakan wang anda dari RM1,000.00 menjadi RM2,000.00 dalam masa 8 tahun.

Formula 72 ini adalah merupakan sesuatu yang penting diketahui bagi kita dapat merancang masa depan kedudukan kewangan kita. InsyaAllah kita akan bincangkan kegunaan formula ini pada penulisan akan datang.

Rabu, 2 Mei 2012

JOM JADI PENYELAMAT UMMAH

Tugasan kita untuk menjadi seorang Penyelamat Kewangan Ummah, iaitu membawa anggota Ummah kita dari Kategori Kewangan Merah atau Kritikal kepada menjadi seorang yang berada dalam Kategori Kewangan Unggu atau Selesa.


Salah satu tugas kita adalah untuk menukarkan mereka yang membuat Pelaburan Tidak Selamat kepada Pelaburan Selamat. Dengan cara itu kita berkeyakinan penuh bahawa, dengan pulangan yang TERJAMIN, Pelaburan yang menguntungkan akan menukar kategori dari Merah kepada Unggu.


Tahniah saudara Sobri, atau lebih dikenali Pak Long kerana baru-baru ini telah berjaya menyelamatkan Pelaburan seorang Tukang Kebun dari Pelaburan Tidak Selamat kepada Pelaburan Selamat.


   


Tahniah dan Selamat Berjaya!

DI MANA TAHAB KEWANGAN ANDA?

Tahab Kewangan seseorang boleh dibahagikan kepada empat (4) kategori iaitu Tahab Merah, Kuning, Hijau dan Unggu. 


Jom nilai diri kita, dimanakah tahab kewangan kita:



1.     Merah – Kritikal
-         Tidak mempunyai sebarang simpanan
-         Simpanan kurang dari saraan 6 bulan
-         Bayaran komitmen melebihi 70% dari pendapatan bulanan
-         Sedikit Hutang Selamat tetapi banyak Hutang Tidak Selamat
-         Sedikit Simpanan Mudah Cair tetapi banyak Simpanan Beku
-         Sedikit Pelaburan Selamat tetapi banyak Pelaburan Tidak Selamat

2.     Kuning - Sederhana
-         Mempunyai simpanan utk saraan antara 6 hingga 12 bulan
-         Bayaran untuk komitmen kurang dari 70% dari pendapatan bulanan
-         Hutang Tidak Selamat melebihi Hutang Selamat
-         Simpanan Mudah Cair dan Simpanan Beku
-         Hanya sedikit Pelaburan tetapi Pelaburan Selamat

3.     Hijau – Selamat
-         Mempunyai simpanan utk saraan melebihi 12 bulan
-         Komitmen Kewangan kurang dari 50% dari pendapatan bulanan
-         Hutang Selamat melebihi Hutang Tidak Selamat
-         Simpanan Mudah Cair dan Simpanan Beku
-         Pelaburan berada dalam Zon Selamat dan Sederhana Selamat

4.     Unggu – Selesa
-         Bebas Kewangan
-         Komitmen yang terlalu sedikit jika dibandingkan dengan pendapatan
-         Kebanyakannya adalah terdiri dari ahli-ahli perniagaan
-         Hutang Selamat melebihi Hutang Tidak Selamat
-         Kebanyakannya Simpanan Mudah Cair
-         Nilai Pelaburan yang tinggi samada di zon selamat, sederhana selamat atau tidak selamat

Khamis, 26 April 2012

TEMUDUGA TERBUKA

IBIG MANAGEMENT menawarkan peluang kerjaya sebagai Pegawai Perunding Matlamat Kewangan kepada seluruh Warga Negara Malaysia berugama Islam yang berminat.


Kelayakan Pendidikan mestilah mempunyai sekurang-kurang Sijil Pelajaran Malaysia dan berumur dalam lingkungan  20 ke 55 tahun.


Tugasan ini boleh dilakukan samada secara sepenuh masa (full time) atau sebahagian masa (Part Time).


Sekiranya anda diterima, anda diwajibkan untuk mengikuti program BELAJAR DAN LATIH TUBI yang akan berlangsung selama 3 hari. Selepas tamat program ini, anda akan dikehendaki untuk menduduki Peperiksaan Perunding Kewangan.


Kerjaya ini adalah merupakan suatu kerjaya yang InsyaAllah akan memperolehi keberkatan kerana usaha murni anda untuk mendidik masyarakat menjadi lebih sempurna.


Sekiranya anda berminat, email kepada: aaqkhalid@gmail.com   












Rabu, 25 April 2012

BERANI ATAU TAKUT


Kegagalan adalah merupakan sesuatu yang menyakitkan terutama kepada mereka yang sentiasa selesa dalam rutin hidup seharian mereka. Apalagi yang hendak dicari sekiranya makan pakai, peralatan dan gaji yang diperolehi sudah cukup? Biarlah orang lain hendak jadi jutawan, biarlah orang lain yang bersusah payah mencari kekayaan, aku sudah selesa dengan cara hidupku yang sebegini!

Keselesaan menyebabkan manusia lebih senang menjadi seorang hamba suruhan daripada menjadi manusia merdeka. Mereka tidak berkeinginan untuk memikirkan masalah, apatah lagi untuk mencari masalah! Sememangnya manusia sebegini ingin lari dari masalah tetapi akhirnya masalah itu datang juga dan mereka jadi gagal kerana langsung tidak bersedia.

Kucing yang hidup dengan selesa kerana disayangi dan dikasihi oleh tuannya, suatu waktu apabila kecantikannya hilang akan berhadapan dengan masalah kerana dibuang dijalanan dan kemudian terpaksa hidup merempat pada ketika tenaga dan keupayaannya sudah sangat berkurang!


Islam yang kita anuti sekarang ini pastinya tidak akan sampai pada kita sekiranya tidak dengan kesungguhan Rasulullah SAW, para sahabat dan tabi' tabi'in. Bolehkah anda bayangkan bagaimana akan berlaku sekiranya para pendukung Islam tidak ingin keluar berdakwah, tidak ingin mencari masalah dan hanya berkeinginan untuk hidup dengan selesa?


Pernahkah terfikir oleh kita bahawa suatu waktu, ketika kita sudah tua dan tiada pendapatan, kita akan terbuang di rumah jagaan orang-orang tua sepertimana yang berlaku kepada saudara kita di dalam gambar diatas?


Tiada manusia yang dapat lari dari masalah, tiada manusia yang tidak pernah gagal dan selain dari Rasulullah SAW, tiada manusia yang sentiasa sempurna, sentiasa senang dan sentiasa selesa!, Jadi kenapa kita tidak mahu berhadapan dengan masalah?


 Amat malang lagi jika akibat dari kesilapan dan kecuaian kita hari ini, yang terpaksa menanggung bebanannya adalah orang-orang yang kita paling sayang.

Bukalah mata, lihatlah dengan dua mata iaitu mata zahir dan mata hati. Ayuhlah kita sama-sama berubah kepada yang lebih baik.