IBIG MANAGEMENT menawarkan peluang kerjaya sebagai Pegawai Perunding Matlamat Kewangan kepada seluruh Warga Negara Malaysia berugama Islam yang berminat.
Kelayakan Pendidikan mestilah mempunyai sekurang-kurang Sijil Pelajaran Malaysia dan berumur dalam lingkungan 20 ke 55 tahun.
Tugasan ini boleh dilakukan samada secara sepenuh masa (full time) atau sebahagian masa (Part Time).
Sekiranya anda diterima, anda diwajibkan untuk mengikuti program BELAJAR DAN LATIH TUBI yang akan berlangsung selama 3 hari. Selepas tamat program ini, anda akan dikehendaki untuk menduduki Peperiksaan Perunding Kewangan.
Kerjaya ini adalah merupakan suatu kerjaya yang InsyaAllah akan memperolehi keberkatan kerana usaha murni anda untuk mendidik masyarakat menjadi lebih sempurna.
Sekiranya anda berminat, email kepada: aaqkhalid@gmail.com
Khamis, 26 April 2012
Rabu, 25 April 2012
BERANI ATAU TAKUT
Kegagalan
adalah merupakan sesuatu yang menyakitkan terutama kepada mereka yang sentiasa
selesa dalam rutin hidup seharian mereka. Apalagi yang hendak dicari sekiranya makan
pakai, peralatan dan gaji yang diperolehi sudah cukup? Biarlah orang lain
hendak jadi jutawan, biarlah orang lain yang bersusah payah mencari kekayaan,
aku sudah selesa dengan cara hidupku yang sebegini!
Keselesaan
menyebabkan manusia lebih senang menjadi seorang hamba suruhan daripada menjadi
manusia merdeka. Mereka tidak berkeinginan untuk memikirkan masalah, apatah
lagi untuk mencari masalah! Sememangnya manusia sebegini ingin lari dari
masalah tetapi akhirnya masalah itu datang juga dan mereka jadi gagal kerana
langsung tidak bersedia.
Kucing yang hidup dengan selesa kerana disayangi dan dikasihi oleh tuannya, suatu waktu apabila kecantikannya hilang akan berhadapan dengan masalah kerana dibuang dijalanan dan kemudian terpaksa hidup merempat pada ketika tenaga dan keupayaannya sudah sangat berkurang!
Islam yang kita anuti sekarang ini pastinya tidak akan sampai pada kita sekiranya tidak dengan kesungguhan Rasulullah SAW, para sahabat dan tabi' tabi'in. Bolehkah anda bayangkan bagaimana akan berlaku sekiranya para pendukung Islam tidak ingin keluar berdakwah, tidak ingin mencari masalah dan hanya berkeinginan untuk hidup dengan selesa?
Pernahkah terfikir oleh kita bahawa suatu waktu, ketika kita sudah tua dan tiada pendapatan, kita akan terbuang di rumah jagaan orang-orang tua sepertimana yang berlaku kepada saudara kita di dalam gambar diatas?
Tiada manusia yang dapat lari dari masalah, tiada manusia yang tidak pernah gagal dan selain dari Rasulullah SAW, tiada manusia yang sentiasa sempurna, sentiasa senang dan sentiasa selesa!, Jadi kenapa kita tidak mahu berhadapan dengan masalah?
Amat malang lagi jika akibat dari kesilapan dan kecuaian kita hari ini, yang terpaksa menanggung bebanannya adalah orang-orang yang kita paling sayang.
Bukalah mata, lihatlah dengan dua mata iaitu mata zahir dan mata hati. Ayuhlah kita sama-sama berubah kepada yang lebih baik.
Selasa, 24 April 2012
INFLASI - CABARAN MASA DEPAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan kekuatan yang dianugerahkanNya, saya dapat sekali lagi memuatkan penulisan di blog ini. Semuga Allah SWT menunjuki saya dan apa yang dimuatkan disini boleh dijadikan iktibar dan panduan.
Setahun sekali kita akan dimaklumkan mengenai kadar INFLASI negara, ketika pemakluman itu dibuat ianya akan termuat didada-dada akhbar dan juga di berita TV dan Radio. Berapa orangkah diantara kita yang mengambil berat mengenai inflasi, mungkin ada yang sentiasa mengambil tahu mengenai kadar inflasi tetapi sebahagian besar dari kita tidak pernah merasai bahawa kadar inflasi perlu 'dikisahkan'. Sebab paling utama adalah kerana kita merasakan bahawa 'Hidup mesti diteruskan' samada harga barang naik atau turun kita terpaksa melaluinya.
40 tahun dahulu, ketika harga gula cuma RM0.45 sekilogram, kita lalui kehidupan kita dengan seadanya, hari ini ketika harga gula sudah mencecah RM2.70 sekilogram, kita juga masih dalam keadaan yang sama. Kita langsung tidak ambil kisah dan kita pun tidak berhajat untuk mengubah apa-apa. Pada kita, itulah kehidupan dan kerana itulah kita masih berada ditahap yang sama, tanpa ada perubahan.
Tidakkah kita teringin untuk membuat andaian bagi membuat persiapan bagi kita menghadapi masa depan kita? Jika 40 tahun dahulu harga gula cuma RM0.45 sen sekilogram boleh naik sehingga 6 kali ganda menjadi RM2.70 pada hari ini, apa akan jadi jika kenaikan 6 kali ganda itu berlaku dalam tempoh 40 tahun akan datang? Harga gula akan mencecah sehingga RM16.20 sekilogram!
Jika dahulu kita memikirkan mengenai kadar inflasi ini dan tidak membiarkan diri kita dibawa oleh arus sehingga hanyut terumbang ambing, tentunya hari ini kita telah bersedia untuk menghadapi setiap apa yang berlaku. Tentunya juga kedudukan ekonomi diri kita akan menjadi lebih baik dan lebih teguh.
"Manusia yang hari ini tetap sama dengan hari semalam adalah MANUSIA YANG RUGI". Ayuh kita mulakan langkah untuk menganalisa dan mencari pengukuhan dalam kewangan kita.
Sama-samalah kita renung-renungkan.

Ahad, 22 April 2012
KENAPA PERLU ADA MATLAMAT KEWANGAN?
Manusia yang tidak mempunyai matlamat dalam kehidupannya adalah seumpama buih-buih ombak yang hanyut, walaupun ianya mencantikkan pemandangan tetapi buih itu akan pecah berderai tatkala ombak memukul pantai. Sebentar kemudian lahir pula buih-buih yang baru tetapi ianya tetap sama, hancur berderai.
Ingatlah bahawa kehidupan mesti diteruskan samada kita suka atau sebaliknya. Selagi kita tidak dijemput pulang, selagi itulah kita akan lalui kehidupan kita. Persoalannya adakah kita ingin menjadi seperti buih ombak atau seperti pancang pengikat perahu? Adakah kita hanya membiarkan masa kita terbuang dan berlalu tanpa sebarang makna dan kita seumpama Pak Turut, atau kita ingin berdiri teguh membina kejituan?
AYUHLAH KITA SAMA-SAMA FIKIR DAN RENUNGKAN!
Langgan:
Catatan (Atom)