Selasa, 24 April 2012

INFLASI - CABARAN MASA DEPAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan kekuatan yang dianugerahkanNya, saya dapat sekali lagi memuatkan penulisan di blog ini. Semuga Allah SWT menunjuki saya dan apa yang dimuatkan disini boleh dijadikan iktibar dan panduan.

Setahun sekali kita akan dimaklumkan mengenai kadar INFLASI negara, ketika pemakluman itu dibuat ianya akan termuat didada-dada akhbar dan juga di berita TV dan Radio. Berapa orangkah diantara kita yang mengambil berat mengenai inflasi, mungkin ada yang sentiasa mengambil tahu mengenai kadar inflasi tetapi sebahagian besar dari kita tidak pernah merasai bahawa kadar inflasi perlu 'dikisahkan'. Sebab paling utama adalah kerana kita merasakan bahawa 'Hidup mesti diteruskan' samada harga barang naik atau turun kita terpaksa melaluinya.



40 tahun dahulu, ketika harga gula cuma RM0.45 sekilogram, kita lalui kehidupan kita dengan seadanya, hari ini ketika harga gula sudah mencecah RM2.70 sekilogram, kita juga masih dalam keadaan yang sama. Kita langsung tidak ambil kisah dan kita pun tidak berhajat untuk mengubah apa-apa. Pada kita, itulah kehidupan dan kerana itulah kita masih berada ditahap yang sama, tanpa ada perubahan.

Tidakkah kita teringin untuk membuat andaian bagi membuat persiapan bagi kita menghadapi masa depan kita? Jika 40 tahun dahulu harga gula cuma RM0.45 sen sekilogram boleh naik sehingga 6 kali ganda menjadi RM2.70 pada hari ini, apa akan jadi jika kenaikan 6 kali ganda itu berlaku dalam tempoh 40 tahun akan datang?  Harga gula akan mencecah sehingga RM16.20 sekilogram!



Jika dahulu kita memikirkan mengenai kadar inflasi ini dan tidak membiarkan diri kita dibawa oleh arus sehingga hanyut terumbang ambing, tentunya hari ini kita telah bersedia untuk menghadapi setiap apa yang berlaku. Tentunya juga kedudukan ekonomi diri kita akan menjadi lebih baik dan lebih teguh.

"Manusia yang hari ini tetap sama dengan hari semalam adalah MANUSIA YANG RUGI". Ayuh kita mulakan langkah untuk menganalisa dan mencari pengukuhan dalam kewangan kita.

Sama-samalah kita renung-renungkan.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan