Khamis, 17 Mei 2012

BAGAIMANA UNTUK MENJADI SEORANG JUTAWAN?


Ada beberapa langkah penting untuk anda lakukan sekiranya anda berhasrat untuk mempunyai simpanan sebanyak RM1,000,000.00. Bagaimanapun sebelum memulakan langkah-langkah itu, perkara terpenting yang wajib ada pada diri anda adalah ‘disiplin’ , ‘kesungguhan mendalam’ dan ‘kekuatan jiwa/rohani’. Tanpa tiga perkara asas ini, impian anda akan menjadi angan-angan sahaja.

Langkah 1:
Membuat Bajet:
Ø     Bajet akan membantu anda mengetahui hala tuju kewangan anda, orang yang tidak menyediakan bajet diri selalunya akan tersasar sehingga menyebabkan kehidupan mereka porak peranda  dan kelam kabut.

Langkah 2:
Ketika anda membuat Bajet, anda perlu meletak kepentingan diri sendiri (dan keluarga) melebihi kepentingan yang lain:-
Ø     Keagamaan
·        Menyediakan peruntukan untuk menyempurnakan ibadah
-          Simpanan untuk menunaikan Haji
-          Zakat
·        Menyediakan peruntukan untuk sedekah/jariah
-          Amal Jariah adalah merupakan suatu bekalan yang akan anda bawa bersama kealam barzakh

Ø     Keluarga
·        Menyediakan peruntukan untuk perbelanjaan harian/bulanan
-          seperti perbelanjaan dapur, minyak kereta,  sewa/bayaran bank untuk rumah/kereta, bil-bil utility dan sebagainya
·        Menyediakan peruntukan untuk pelajaran
-          Peralatan, pakaian, ko kurikulum, tuisyen, belanja harian ke sekolah, dan sebagainya bagi keperluan persekolahan/pendidikan anak anda
·        Menyediakan peruntukan untuk keselesaan
-          Gaji pembantu rumah, urus selia dan sebagainya
·        Menyediakan peruntukan untuk kesinambungan keselesaan
-          Iaitu menyediakan peruntukan supaya keluarga anda akan tetap menikmati kesejahteraan hidup sekiranya sesuatu yang buruk menimpa anda
-          Untuk itu sebaiknya anda menyediakan penamaan/wasiat/hibah
Ø     Persaraan
·        Amat penting juga untuk anda menyediakan peruntukan untuk masa depan anda supaya anda tidak ‘miskin’ setelah anda mencapai usia 65 tahun.
·        Lingkungan 70% daripada rakyat Malaysia yang berumur 65 tahun ke atas tidak mempunyai sumber pendapatan khusus dan terpaksa mengharap ihsan orang lain (termasuk anak-anak).
·        Lingkungan 20% pula terpaksa bekerja untuk menampung keperluan penyaraan hidup sendiri.
·        Jika anda berkeinginan untuk menjadi JUTAWAN diusia persaraan anda, maka anda mestilah memulakan langkah untuk menyediakan satu akaun JUTAWAN diri anda sendiri.

Ø     Kecemasan
·        Anda mesti menyediakan peruntukan untuk kecemasan kerana sesuatu yang diluar jangkaan boleh berlaku tanpa diduga
-          Banyak perkara diluar dugaan boleh berlaku seperti kemasukan ke hospital, saudara mara ditimpa musibah, ada saudara mara yang ditahan polis dan memerlukan jaminan, kereta rosak, anda dibuang kerja dan sebagainya.
·        Jumlah peruntukan kecemasan yang mesti disimpan ditempat mudah cair mestilah sekurang-kurangnya ENAM kali jumlah pendapatan yang anda perolehi sekarang ini.
-          Sebaiknya anda menyimpan dalam satu akaun yang berasingan samada di Bank atau Tabung Haji
-          Sekiranya peruntukan kecemasan ini berkurang, anda mestilah berusaha untuk memenuhkannya semula.

Langkah 3:
Apabila anda menyediakan bajet ini, anda mestilah berusaha untuk melaksanakan apa yang anda telah rancang dalam bajet itu.
Ø     Elakkan Pembaziran:
·      Anda mestilah menyediakan senarai barang keperluan bulanan dan jumlah yang anda perlukan. Dengan cara itu anda dapat mengetahui keperluan sebenar anda untuk kegunaan harian.
·     Apabila anda mempunyai senarai barang, anda perlu juga mengetahui harga dasar setiap barang keperluan anda itu.
·        Dengan adanya senarai barang beserta harga dasar barangan tersebut, belilah barangan keperluan anda ketika harganya murah – contohnya ketika ada ‘jualan murah’ dan sebagainya.

Ø     Simpan stok untuk barangan tahan lama
·        Ketahui jumlah sebenar penggunaan barangan harian anda untuk tempoh sebulan. Belilah barangan tahan lama dalam jumlah yang mencukupi sebulan kerana membeli dalam jumlah yang banyak kadang-kadang membolehkan anda ‘menawar’ harga dikurangkan

Langkah 4:
Urus dengan betul jika memperolehi Lebihan Pendapatan:
Ø     Kadang-kadang anda akan memperoleh lebihan pendapatan seperti:
·        Bonus Tahunan atau Tambahan Gaji bulan ke 13
·        Pendapatan dari kerja ke dua anda (Part Time Job)
·        Perolehan harta Pusaka
·        Royalti  atau selainnya

Ø     Perolehan ini tentunya tidak akan termasuk didalam Bajet anda, kerana itu anda mestilah menguruskannya dengan baik:
·        Jangan membeli mengikut nafsu
-      Apabila anda memperoleh pendapatan sebegini, tentunya yang anda bayangkan adalah untuk membeli peralatan/perabot baru, kereta baru, langsir baru, pakaian baru, pergi bercuti dan sebagainya.
·        Dahulukan pelunasan hutang jangka pendek
-          Seperti hutang kad kredit, hutang kenderaan atau hutang peribadi
·        Menyimpan adalah jalan terbaik
-          Sekiranya anda memilih untuk menyimpan dalam akaun JUTAWAN anda ianya adalah jalan terbaik kerana ianya boleh mempercepatkan simpanan anda mencapai angka itu.
·        Elakkan membuat PELABURAN TIDAK SAH:
-        Pastikan anda mengetahui dengan jelas kemanakah simpanan/ pelaburan yang akan anda buat
-  Jangan biarkan diri anda tertipu dengan pelbagai skim pelaburan yang memerlukan jumlah sumbangan yang besar (melebihi 1/2 dari  pendapatan bulanan anda adalah merupakan sumbangan yang besar)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan